Pengenalan
Kaunseling
melalui emel atau sesi chat merupakan satu kaedah yang baru di dalam perhubungan menolong. Kini anda tidak
perlu lagi mencari dan mendapatkan kaunselor di luar. Anda hanya perlu menekan butang kekunci yang ada pada komputer anda
dan sambungan talian ke internet.
Mengapa Kaunseling Maya?
1. Kemungkinan anda tidak suka keluar rumah untuk
bertemu kaunselor secara bersemuka. 2. Kemungkinan anda malu
untuk berjumpa kaunselor secara bersemuka. 3. Kemungkinan anda terlalu
sibuk untuk menemui kaunselor secara bersemuka.
Siapakah yang layak untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling maya?
Mereka yang menghadapi kesulitan yang berkaitan peribadi, keluarga, keremajaan,
emosi, perhubungan dan akademik.
Bagaimana ia dilaksanakan?
Perkhidmatan
ini bukan dalam bentuk memberi nasihat tetapi ia lebih menjurus kepada perbincangan, berkongsi pandangan, berkongsi pengalaman
dan akhir perbincangan akan menghala kepada penyelesaian yang diperlukan oleh anda. Penyelesaian kepada masalah mungkin tidak berlaku pada sesi yang pertama, mungkin tidak juga dalam sesi yang
kedua. Biasanya penyelesaian berlaku apabila anda telah bersedia membuat keputusan untuk mengubah dari satu keadaan kepada
keadaan yang lain. Mungkin juga penyelesaian boleh berlaku pada sesi perbincangan yang pertama lagi. Segala-galanya terpulang
kepada kesediaan anda dan juga isu yang dibincangkan bersama. Perkara yang penting di sini ialah anda tidak berseorangan dalam mencari penyelesaian itu. Walaupun kita tidak
bersua tetapi saya akan sentiasa bersama anda mencari jalan keluar menangani kesulitan yang anda alami.
Apakah
Bentuk Perkhidmatan Yang Diberikan?
Sesi kaunseling
akan dilaksanakan melalui 2 cara :
1. melalui e-mel
dan
2. melalui chat.
Satu lagi tambahan ialah khidmat nasihat melalui SMS.
Berapakah yuran atau
kos yang perlu dibayar?
Perkhidmatan ini percuma.
Apakah
langkah-langkah untuk mendapatkan perkhidmatan?
Untuk keterangan lanjut berkenaan
perkhidmatan ini, sila ke laman seterusnya atau klik pada gambar Bilik Teraputik Kaunseling di bawah ini.
Terima
kasih.
RH